ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 46. Pengkhidmat awam menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang mana adalah kewajipannya mencegah.

Sesiapa yang menjadi seorang pengkhidmat awam, yang bermaksud hendak menyenangkan, atau yang ketahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyenangkan, berlakunya sesuatu kesalahan selain daripada kesalahan hudud atau qisas yang-mana adalah kewajipannya sebagai penjawat awam itu mencegah, dengan sengaja menyembunyikan, dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang, adanya sesuatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau dengan sengaja membuat apa-apa pernyataan yang ia ketahui sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu, hendaklah, jika kesalahan itu dilakukan, diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai seperempat daripada tempoh penjara itu yang lama sekali, atau dengan denda sebagaimana diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.