ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Menyemak ingatan.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan menyemak ingatannya dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa kejadiannya yang berkenaan dengannya ia disoal itu atau pada masa yang tidak sebegitu lama kemudiannya yang difikirkan oleh Mahkamah mungkin bahawa kejadian itu masih nyata pada masa itu dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang seumpama itu yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang tersebut itu, jika apabila dibacanya, ia ketahui tulisan itu sebagai betul.

(3) Apabila saksi itu boleh menyemak ingatannya dengan merujuk kepada sesuatu suratan, maka ia bolehlah dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada sesuatu salainan suratan itu:

Dengan syarat Mahkamah puas hati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa naskah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh menyemak ingatannya dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah profesyenal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.