ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 94. Kuasa Mahkamah menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seorang anak-
mengeluarkan suatu perintah menahan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu perintah menahan seorang selain daripada orang yang mempunyai penjagaan atas seorang anak daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran seorang mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah suatu kesalahan penghinaan Mahkamah dan apabila ia dithabitkan hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.