ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 111. Tatacara apabila tertuduh tidak memahami prosiding

Jika orang yang dituduh, walaupun sempurna akal, didapati tidak boleh memahami prosiding, Mahkamah boleh meneruskan pembicaraan itu dan jika perbicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan, prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dengan suatu laporan berkenaan dengan hal keadaan kes itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah membuat apa-apa perintah atau menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.