ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, apa-apa perintah nafkah yang masih berkuat kuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas apa-apa salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika suatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.