ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 48. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan tugasnya dari bidangkuasa asalnya.

(2) Apabila suatu rayuan terhadap suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberi kebenaran kepadanya untuk merujukkan bagi keputusan Mahkamah Rayuan Syariah apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(3) Apabila kebenaran telah pun diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan soalan yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia difikirkan adil pada menjalankan rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.