ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 52. Penerusan pemakaian seksyen 77 hingga 83 Enakmen Pentadbiran.

(1) Pemakaian seksyen 77 hingga 83 Enakmen Pentadbiran hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen itu.

(2) Setiap perbuatan atau perkara yang dilakukan, diambil atau dimulakan oleh Majlis dan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Majlis berhubung dengan wakaf di bawah Enakmen Pentadbiran sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini, disifatkan telah dilakukan, diambil dimulakan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.