ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 33. Saman untuk memberi keterangan atau menunjukkan dokumen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh mengeluarkan saman kepada mana-mana orang untuk memberi keterangan atau menunjukkan apa-apa dokumen yang ada di dalam milik atau di bawah kuasanya. Tiap-tiap saman seperti itu hendaklah diserahkan kepada penerima sendiri dan mana-mana orang yang menerima saman itu sama ada orang Islam atau bukan Islam adalah terikat supaya mematuhinya.

(2) Tiap-tiap saman yang seperti itu hendaklah menentukan hal-perkara atau dokumen-dokumen jika ada, yang dikehendaki ditunjukkan oleh saksi-saksi.

(3) Mahkamah itu boleh, sebelum mengeluarkan saman, memerintahkan pembayaran elaun perjalanan dan elaun makan yang berpatutan kepada mana-mana saksi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.