ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 37. Kata-kata yang boleh memecah keamanan.

Sesiapa yang dengan sengaja mengeluar atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan Hukum Syara' yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.