ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Rayuan



Seksyen 123. Rayuan.


Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan mana-mana Mahkamah, mana-mana Hakim Syariah, atau mana-mana Pendaftar di bawah Enakmen ini boleh merayu kepada Mahkamah Ulang Bicara mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 atau dalam mana-mana undang-undang lain berkenaan dengan prosedur sivil dan jenayah di Mahkamah Syariah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.