ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 53. Mengajar Agama tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah daripada Majlis di bawah seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] atau melainkan dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 91 Enakmen yang sama, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Tauliah yang ditarikbalik di bawah subseksyen (3) seksyen 94 Enakmen yang sama hendaklah dikembalikan kepada Majlis. Sesiapa yang gagal mengembalikannya adalah bersalah atas satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.