ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 109. Kes pendakwaan diterangkan oleh Mahkamah kepada orang yang dituduh yang tidak dibela.

(1) Dalam tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah, jika dan apabila Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk pembelaannya Mahkamah hendaklah, jika dia tidak diwakili oleh Peguam Syarie, memberitahunya akan haknya untuk mengambil ikrar dan kesannya atau akan haknya untuk memberi keterangan untuk bagi pihak dirinya sendiri dan jika dia memilih untuk memberi keterangan bagi pihak dirinya sendiri hendaklah dibawa kepada perhatiannya berkenaan dengan perkara-perkara utama di dalam keterangan untuk pendakwaan terhadapnya supaya dia boleh mempunyai peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana orang yang dituduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan hendaklah dijadikan suatu bahan teguran untuk memburukkannya oleh pendakwa.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.