ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(1) Apa-apa fakta adalah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta relevan atau fakta persoalan.

(2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan sesuatu fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1- Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada pernyataan tetapi huraian ini tidak akan menyentuh qarinah pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2- Apabila kelakuan mana-mana orang adalah qarinah apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya adalah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.