ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 31. Menghasut perempuan bersuami atau lelaki beristeri supaya bercerai atau ingkar.

Sesiapa yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana perempuan bersuami atau mana-mana lelaki beristeri supaya bercerai atau mengikar kewajipan dan tanggungjawab di antara suami isteri adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.