ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 84. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas pindaan atau tambahan.

(1) Jika suatu pertuduhan dipinda atau ditambah menurut seksyen 83, Mahkamah hendaklah terus memanggil tertuduh untuk membuat pengakuan terhadap pertuduhan itu dan untuk menyatakan sama ada dia bersedia untuk dibicarakan di atas pertuduhan yang telah dipinda atau ditambah itu.

(2) Jika tertuduh mengumumkan bahawa dia belum bersedia, Mahkamah hendaklah menimbang dengan wajarnya sebab-sebab yang dia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya perbicaraan diteruskan, ia tidak akan memudaratkan tertuduh dalam pembelaannya atau Pendakwa dalam menjalankan kesnya, Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, setelah pertuduhan itu dipinda atau ditambahkan, meneruskan perbicaraan seolah-olah pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu adalah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.