ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 103. Anggapan boleh disangkalkan.
Anggapan di bawah seksyen 102 boleh disangkalkan hanya dengan-
(i) penolakan oleh orang yang diakui sebagai anak itu;
(ii) bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil, hingga menyebabkan pertalian yang dikatakan itu mustahil boleh ada dari segi jasmani;
(iii) bukti bahawa orang yang diakui itu sebenarnya anak orang lain; dan
(iv) bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pengaku pada masa pembenihan anak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.