ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 133. Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah.


Tanpa menjejas hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah nafkah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja tidak mematuhi perintah nafkah itu selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan bagi tiap-tiap bulan nafkah masih belum dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.