ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 83. Siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

(2) Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak.
(3) Seseorang yang tidak 'adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.

(4) Seseorang yang belum
baligh atau seseorang yang tak sempurna akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(5) Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(6) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(7) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.