ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 97. Kesalahan-kesalahan belum selesai.

(1) Di mana dalam mana-mana pembicaraan jenayah yang dibawa oleh Ketua Pendakwa Syarie, orang yang dituduh didapati bersalah atas suatu kesalahan, Mahkamah boleh dalam menentukan dan dalam menjatuhkan hukuman, dengan persetujuan Pendakwa dan orang yang dituduh itu mengambil ke dalam pertimbangan mana-mana kesalahan atau kesalahan lain yang belum selesai yang diakui oleh orang dituduh sebagai telah dilakukannya:

Dengan syarat bahawa, jika mana-mana prosiding jenayah belum selesai berkenaan mana-mana kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang belum selesai itu dan pembicaraan itu tidak dibawa oleh Ketua Pendakwa Syarie, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu berpuashati yang orang atau Ketua Pendakwa Syarie yang menjalankan prosiding itu bersetuju dengan cara tersebut.

(2) Bila persetujuan diberi seperti dalam subseksyen (1) dan kesalahan yang belum selesai itu diambil ke dalam pertimbangan, Mahkamah hendaklah memasukkan atau menyebabkan satu catitan mengenainya dibuat dalam rekod dan apabila hukuman diumumkan, orang yang dituduh hendaklah tidak liable dituduh atau dibicarakan berhubung dengan mana-mana kesalahan tersebut yang diambil ke dalam pertimbangan, melainkan sabitan yang telah dibuat itu telah diketepikan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.