ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID



Seksyen 127. Membatalkan dan menyelanggarakan masjid-masjid.


(1) Adalah menjadi tugas Majlis untuk membaiki dari masa ke semasa apabila mustahak dan menyelenggarakannya dalam keadaan sesuai dan layak dipakai semua masjid-masjid dalam Negeri dan hendaklah memastikan bahawa kawasan masjid-masjid itu dijaga dalam keadaan yang betul dan bersih. Majlis boleh berusaha untuk mengadakan dan menggunakan atau memberi kuasa berusaha untuk mengadakan dan menggunakan kumpulan-kumpulanwang terhad bagi tujuan membaiki dan menyelenggarakannya atau membayar perbelanjaan itu dari kumpulanwang Khairat Am.

(2) Adalah menjadi tugas seseorang Imam memberitahu Majlis dengan segeranya akan apa-apa pembaiki yang dikehendaki, dan memastikan atau mengawas apa-apa kerja membaiki sebagai wakil dan bagi pihak Majlis.

(3) Perubahan yang mustahak tidak boleh dibuat kepada binaan bangunan mana-mana masjid dengan tidak kebenaran bertulis dari Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.