ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 50. Fatwa tidak sah.

Seseorang yang memberi dan menghebahkan fatwa untuk diikuti oleh orang awam mengenai apa-apa ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan yang telah diwartakan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.