ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 171. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Apabila dibuktikan sehingga Kadi berpuashati bahawa mana-mana saksi terikat atau yang akan terikat untuk memberi keterangan di dalam pembicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa kehendak keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir didalam pembicaraan untuk memberi keterangan, Kadi boleh, di atas permohonan Pendakwa atau orang yang di tuduh dan selepas peruntukan dibuat untuk pembiayaannya dan untuk memberi pampasan di atas penahanannya dan masanya yang terbuang, menghukum orang itu supaya ditahan dipenjara sivil sehingga pembicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan di dalam pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.