ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 129. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.

(1) Seseorang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihi satu tahun.

(2) Seseorang isteri kerana tidak suka akan suaminya membuat helah dengan tujuan memutuskan nikahnya daripada suaminya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.