ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - AM



Seksyen 77. Pengecualian kaedah dan perlantikan.


Semua kaedah, pengisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau dengan kuasa, mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah kekal berkuatkuasa, selagi ianya tidak berlawanan dengan, atau diganti dengan peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatal atau diganti oleh kaedah, pengisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.