ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 202. Perintah interim nafkah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [En. 13/84], atas permohonan mana-mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan mengikut Hukum Syara' untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat perintah tersebut yang hendaklah berkuatkuasa serta merta dan terus berkuatkuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan berkenaan dengan kausa atau perkara itu.

(2) Jika permohonan yang disebut di bawah subseksyen (1) adalah bagi mendapat suatu perintah interim tentang nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah tersebut melainkan ia berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang bertanggungan mengikut Hukum Syara' mempunyai kemampuan untuk membayar nafkah yang dipohon itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.