ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 34. Penangguhan dan pemindahan kes-kes.

(1) Mahkamah boleh kerana sebab-sebab yang munasabah menangguhkan apa-apa pembicaraan dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat.

(2) Mahkamah Kadi Besar boleh memindah mana-mana kes kepada Mahkamah kadi yang lain apabila rujukan dibuat oleh Kadi setelah menerima permohonan dari salah satu pihak dalam mana-mana pembicaraan.

Dengan syarat bahawa di dalam satu-satu kes di mana diperlukan ampuni perkenan Raja Pemerintah, maka Mahkamah Kadi Besar boleh memindahkan kes itu kepada Mahkamah Kadi yang lain dengan ampuni perkenan Raja Pemerintah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.