ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 105. Meminda sepina

Jika terdapat kesilapan pada nama atau alamat mana-mana orang dalam sesuatu sepina, dan jika sepina itu belum lagi disampaikan, pihak yang atas permintaannya sepina itu dikeluarkan boleh dengan cara memfailkan permintaan kali kedua di bawah subseksyen 102 (1) meminta supaya sepina itu dimeteraikan semula mengikut bentuk yang betul dengan dicatatkan dengan perkataan “Dipinda dan dimeterai semula”.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.