ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 90. Serahan ganti.

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa mana-mana pihak yang tidak memberi alamat untuk serahan tinggal, pada tarikh saman atau lain-lain suratan dikeluarkan, di dalam Negeri ini dan ada sebab untuk mempercayai bahawa dia sedang memencilkan diri bagi maksud mengelak dari penyerahan saman atau lain-lain suratan itu atau ada sebab-sebab yang cukup mengapa saman atau lain-lain suratan itu tidak dapat diserahkan dengan cara biasa, Mahkamah boleh memerintah supaya saman atau lain-lain suratan itu diserah dengan cara melekatkan satu salinannya di mana-mana tempat yang terang di bangunan Mahkamah dan juga di bahagian yang terang di rumah di mana orang yang dinamakan di dalam saman atau lain-lain suratan itu diketahui telah terakhir sekali tinggal, atau dengan lain-lain cara yang Mahkamah fikirkan layak.

(2) Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam peruntukan subseksyen (1) membuat perintah untuk penyerahan dengan cara iklan di dalam mana-mana akhbar tempatan yang difikirkan layak oleh Mahkamah.

(3) Serahan ganti hendaklah berkuasa di sisi undang-undang seperti penyerahan kepada penerimanya sendiri.

(4) Dalam hal serahan ganti, Mahkamah, di mana perlu, hendaklah menetapkan tarikh untuk hadir pihak yang hendak diserah itu.

(5) Perintah untuk serahan ganti tidak boleh dibuat berhubung dengan-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.