ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 20. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarah Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Mana-mana lima orang ahli Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha maksud yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu dipanggil.

(4) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3), atau, jika Pengerusi mengarahkan sedemikian, sebaik sahaja apabila menerima arahan atau kehendak itu.

(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis secara bertulis hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.

(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada ahli dengan ditujukan ke alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.

(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal ahli yang sedang berada di luar Malaysia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.