ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 103. Butir-butir untuk direkodkan.

(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan rekod berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan untuk disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut Borang 8 dan di mana semua butir-butir yang perlu tidak dapat dimasukkan dengan mudah di dalam borang itu, dengan melampirkan pada beberapa kertas sambungan yang perlu.

(2) Butir-butir untuk dimasukkan dalam rekod itu hendaklah mengandungi
----
(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.