ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXVII - KUASA KADI DAN PENDAFTAR
Seksyen 201. Kuasa.
Dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam kamar boleh-
(a)
menangguh mana-mana prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana prosiding;
(c)
jika diperintah demikian oleh Mahkamah, mengendalikan pemeriksaan saksi sebelum perbicaraan;
(d)
mendengar dan menentukan mana-mana permohonan untuk waran tuntutan sewa;
(e)
mentadbirkan ikrar untuk afidavit dan menyelenggarakan bond;
(f)
apabila cagaran diperuntukkan diberi menentukan supaya ianya mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(g)
dengan izin semua pihak memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding.
(h)
menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.