ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 158. Penjualan.
Apabila mana-mana harta dijual semasa menjalankan perlaksanaan -
(a)
penjualan itu hendaklah diadakan di antara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang;
(b)
Penjualan itu hendaklah, tertakluk kepada perenggan
(f)
, secara lelong terbuka tanpa rizab, dan tiap-tiap jualan hendaklah dibayar dengan wang tunai sebelum tamatnya lelong itu, dan tiada sesiapa yang bertugas melaksanakan lelong itu boleh menawar atau sebaliknya secara langsung atau tidak langsung memperolehi atau cuba memperolehi apa-apa kepentingan dalam harta yang dijual itu. Pemiutang penghakiman boleh menawar, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya dan dengan izin Mahkamah terlebih dahulu, wang jualan itu dan jumlah penghakiman boleh ditolak-kira di antara satu dengan lain, dan penghakiman itu hendaklah disifatkan sebagai telah dijelaskan sepenuhnya atau sebahagiannya;
(c)
notis mengenai tarikh, masa dan tempat penjualan dan harta yang hendak dijual hendaklah dipamerkan di Mahkamah dan di tempat jualan tidak kurang dari enam hari sebelum jualan;
(d)
suratcara boleh niaga dan sekuriti lain boleh dijual tanpa lelong melalui agensi stok broker yang diakui dan penjualan itu tidak memerlukan izin Mahkamah;
(e)
tiap-tiap penjualan itu hendaklah dilaksanakan dan disempurnakan oleh Mahkamah;
(f)
dalam hal-hal yang tertentu Mahkamah, jika mempunyai alasan yang cukup boleh memerintahkan penjualan dibuat dengan cara yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.