ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 66. Tuntutan balas

(1) Tiap-tiap tuntutan balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyataan tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.

(2) Tuntutan balas tidak boleh dibuat terhadap manamana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan itu, tetapi jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.