ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 90. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.

(1) Berkenaan dengan harta takalih, seseorang penjaga di sisi undang-undang tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk dijual, kecuali dalam hal-hal yang berikut, iaitu-

(2) Berkenaan dengan harta alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang adalah mempunyai kuasa menjual atau menyandarkan barang-barang dan hartabenda kanak-kanak itu, jika ia berkehendakkan keperluan-keperluan yang mustahak, seperti makanan, pakaian dan asuhan; dan jika harta alih seseorang kanak-kanak adalah dijual dengan ikhlas dan jujur bagi sesuatu balasan yang memadai dengan tujuan untuk melaburkan hasil jualan itu dengan selamat dan untuk memperolehi pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah dikira sebagai sah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.