Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN VIII



Seksyen 37. Menyebabkan Kecederaan Badan.

Sesiapa menyebabkan kesakitan, mudarat, penyakit, kelemahan atau kecederaan kepada seseorang, atau melemahkan atau merosakkan atau menghilangkan fungsi sesuatu anggota tubuh badan seseorang atau sebahagian daripadanya dengan tidak menyebabkan kematian orang itu, hendaklah dikatakan telah menyebabkan kecederaan badan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.