ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 187. Cara membuat permohonan

(1) Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu.

(3) Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara ex parte melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.