ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 59. Tempoh jawatan pegawai masjid.

(1) Setiap pegawai masjid hendaklah memegang jawatan dengan persetujuan daripada Majlis dan boleh ditamatkan dengan diberi satu bulan notis oleh Majlis tetapi tiada seseorang pegawai masjid boleh memegang jawatan itu apabila telah mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh jika difikirkan perlu, melantik seseorang yang berumur lebih daripada enam puluh tahun memegang mana-mana jawatan pegawai masjid di atas terma-terma yang difikirkan perlu.

(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha membawa kepada pengetahuan Majlis kelakuan buruk dan salahlaku mana-mana pegawai masjid, sama ada berkaitan dengan tugasnya atau sebaliknya dan membuat apa-apa syor dan Majlis boleh menggantung perkhidmatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.