ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 139. Tidak menghiraukan hari kebesaran Islam.


Sesiapa jua yang engkar akan titah perintah yang sah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan awal Ramadan atau Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Haji adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tiada lebih daripada lima belas hari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.