ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 38. Mengubah, memusnahkan, dsb. mawquf.

(1) Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa mawquf tanpa kebenaran Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis atau menyebabkan apa-apa perubahan, pengubahan, kemusnahan, kerosakan atau kecacatan pada apa-apa mawquf adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) menggantikan mawquf yang diubah atau yang musnah itu atau memulihkan mawquf yang diubah, rosak atau cacat itu, atas perbelanjaan orang yang melakukan kesalahan itu, sehingga Majlis berpuas hati.

(3) Jika orang yang disebut di bawah subseksyen (2) gagal mematuhi perintah Mahkamah, Majlis boleh menyebabkan supaya dilaksanakan perintah itu dengan membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain, dan Majlis boleh menuntut apa-apa perbelanjaan yang dilakukan daripada orang itu.

(4) Jika tuntutan yang disebut dalam subseksyen (3) tidak dibayar, tuntutan itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.