ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XIII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 84. Acara perjalanan prosiding yang dipindahkan.

Prosiding yang dipindahkan kepada mana-mana Mahkamah hendaklah didaftarkan di dalam daftar Mahkamah itu dan Mahkamah itu boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberi arahan mengenai prosiding seterusnya seperti yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.