ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN III - TANGGUNGJAWAB MAJLIS
Seksyen 19. Tanggungjawab Pendaftar.
Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk—
(a)
menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan supaya dismpan atau disenggara suatu daftar bagi apa-apa
mawquf
dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Majlis;
(b)
menguruskan atau menyebabkan supaya diuruskan peletakhakan
mawquf
kepada Majlis;
(c)
menyimpan dan memegang atau menyebabkan supaya disimpan atau dipegang apa-apa surat cara, dokumen hakmilik atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan apa-apa
mawquf
yang terletak hak kepada Majlis; dan
(d)
menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Majlis atau Panel Penasihat dari semasa ke semasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.