ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVII - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR



Seksyen 197. Rujuk dan ubah perintah.

(1) Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya merujuk kepada Hakim untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah bahagian ini atau selainnya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Bahagian ini atau selainnya boleh diketepikan atau diubah oleh Hakim sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana orang yang terlibat demikian, dan Hakim boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut:

Dengan syarat bahawa kecuali kerana sebab yang istimewa, Hakim tidaklah boleh menimbangkan mana-mana permohonan tersebut kecuali jika dibuat dalam tempoh 4 hari selepas pemohon menyedari akan perintah atau keputusan yang diadukan itu;

Dengan syarat selanjutnya bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguhkan apa-apa prosiding yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Hakim yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa perkara yang telah dilakukan dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Hakim memerintahkan sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.