ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


Dalam Enakmen ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992;

"Guru Besar" ertinya pentadbir bagi sekolah rendah;

"Jawatankuasa Pengurusan" ertinya Jawatankuasa Pengurusan Sekolah yang sedia ada atau jawatankuasa yang diujudkan untuk tujuan penubuhan sekolah;

" Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang dilantik di bawah seksyen 11;

"Lembaga Penasihat" ertinya Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

"Nazir" ertinya Nazir sekolah yang dilantik di bawah seksyen 19;

"Pegawai Tadbir Agama" ertinya mana-mana pegawai Agama yang dilantik bagi daerah-daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah Timbalan Pendaftar;

"Pengetua" ertinya pentadbir bagi sekolah menengah;

"Penolong Kanan" ertinya penolong pentadbir bagi sekolah rendah atau menengah;

"sekolah" ertinya suatu tempat, di mana dua puluh orang atau lebih diberi, atau menerima sama ada secara tetap atau berkala, pendidikan, pengajaran atau latihan secara formal, sama ada di dalam satu kelas atau lebih yang berhubungan dengan Islam atau maksud-maksud Islam dan tempat sedemikian termasuklah madrasah atau surau, pondok, tadika, taman asuhan kanak-kanak, pusat Islam, atau pusat latihan untuk guru, atau tempat lain tidak kira bagaimana jua sekalipun diperihalkan atau disebut tetapi tidaklah termasuk sekolah Agama Islam di bawah kawalan Kementrian Pendidikan;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang dilantik di bawah seksyen 10 Enakmen Pentadbiran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.