ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 60. Peraturan bersaling dengan negeri-negeri lain.

(1) Jika Mahkamah Syariah atau hakimnya mengeluarkan saman di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dalam mana-mana satu daripada negeri yang dinyatakan dalam Jadual Kedua memanggil mana-mana orang supaya hadir di mana-mana Mahkamah Syariah dalam negeri itu dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri Pahang, maka Hakim Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang boleh mengesahkan saman itu dengan menandatanganinya dan saman itu boleh disampaikan kepada orang itu seolah-olah saman itu telah dikeluarkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Pahang menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika Mahkamah Syariah atau hakimnya dalam Negeri Pahang mengeluarkan saman memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah itu dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam mana-mana negeri yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan saman itu telah disampaikan kepada orang itu menurut peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di negeri itu, maka saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sah seolah-olah penyampaian itu telah disempurnakan dalam Negeri Pahang.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Kedua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.