ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini melainkan jika konteksnya mengendaki makna yang lain-

"baiyyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan;

"baligh" ertinya seseorang yang telah cukup umur mengikut Hukum Syara' ;

"dibuktikan": sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga menyebabkan seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu wujud;

"dibuktikan sebaliknya": sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat bahawa tidak wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga menyebabkan seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;

"dokumen" ertinya apa-apa perkara yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau dengan menggunakan lebih daripada satu cara itu yang bertujuan untuk digunakan atau yang boleh digunakan bagi maksud merekodkan perkara itu;

MISALAN

Tulisan adalah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf adalah dokumen.

Peta atau pelan adalah dokumen.

Ukiran atas kepingan logam atau batu atau kayu adalah dokumen.

"fakta" ertinya dan adalah termasuk-

MISALAN

"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang darinya, sama ada dengan sendirinya atau berhubung dengan fakta-fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau luasnya apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding, semestinya ternyata;

MISALAN

A dituduh atas kesalahan mukaddimah zina dengan B.

Di dalam perbicaraannya, fakta-fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:

bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam bilik tertutup;

bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam kenderaan yang berhenti yang terletak di tempat gelap;

"Hakim" atau "Hakim Syariah" ertinya Kadi yang dilantik di bawah seksyen 40 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 [Enak. 8/82], dan termasuklah Kadi Besar;

"Hukum Syara" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang muktabar;

"keterangan" adalah termasuk-

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 [Enak. 8/82];

"qarinah" ertinya fakta yang ada hubungan dengan fakta yang lain mengikut apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum Syara' atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini;

"shahadah" ertinya keterangan yang dibenarkan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan;

"tidak dibuktikan": sesuatu fakta adalah dikatakan "tidak dibuktikan" apabila fakta itu tidak "dibuktikan" atau tidak "dibuktikan sebaliknya" mengikut Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.