ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 123. Hujah.

(1) Setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan keterangan memperkenalkan kesnya. Pihak yang terhadapnya penghakiman boleh diberi mengikut surat guaman adalah berhak memulainya.

(2) Setiap pihak boleh menggulungkan kesnya selepas tamat keterangan diberi, tetapi pihak yang memulakan berhak menutup sama ada pihak yang satu lagi itu telah mengemukakan keterangan atau tidak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.