ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - Saksi



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang ingkar hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syarak.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak.

(
b) Jika pihak defendan enggan bersumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta plaintif supaya bersumpah dan apabila sumpah dibuat tuntutannya hendaklah diterima.

(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak yang dituduh kecuali jika pihak kena tuntut mengaku salah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.