ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 91. Pelantikan penjaga oleh Mahkamah

(1) Jika tidak ada penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk melindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah, dan dalam membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Dalam menimbangkan apakah yang akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu, kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu dan bapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu atau hartanya, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur yang membolehkannya membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.