ENAKMEN 10 TAHUN 1988
KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1988
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 8. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang Islam.
(1) Seseorang melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai suatu agama bukan Islam, menyerahkan satu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu kepada seorang Islam.
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.
(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (1)
--
(a)
bahawa tertuduh itu telah menjalankan usaha yang munasabah bagi mempastikan bahawa terbitan atau bahan publisiti itu tidak jatuh ke tangan seorang Islam; atau
(b)
bahawa orang yang kepadanya tertuduh itu telah menyerahkan terbitan atau bahan publisiti itu telah meminta suatu salinan atau salinan-salinan terbitan atau bahan publisiti itu tanpa apa-apa dorongan dari pihak tertuduh itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.