ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN PERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.

(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan.
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.